Perebutan gelaran La Liga Sepanyol akan berlanjutan hingga ke hari terakhir musim ini selepas kemenangan meyakinkan buat Real Madrid dan Barcelona kelmarin membolehkan mereka berkongsi 87 mata di puncak liga.

Dalam pertemuan Barcelona menentang Las Palmas, Neymar meledak hatrik membantu kemenangan pasukan 4-1.

Manakala Rea Madrid juga berjaya menewaskan Sevilla 4-1.

Madrid berkunjung ke Celta dalam perlawanan awal pagi Khamis ini sebelum bertandang ke Malaga manakala Barca menanti kunjungan Eibar pada hari terakhir Ahad ini.