Dahsyat!, itu perkataan yang muncul apabila seorang pemain import pasukan Kuala Lumpur meledak enam jaringan 'double hatrik' (hatrik berganda) malam tadi pada aksi Liga Perdana 2017.

Guilherme De Paula yang sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan PDRM dan Selangor mencipta sejarah ketika Kuala Lumpur berdepan ATM.

De paula menjaringkan 4 gol pada separuh masa yang pertama pada minit ke-19 ke-38, ke-44 serta penalti pada minit ke-42.

Pada separuh masa kedua pula De Paula menyumbat 2 lagi gol pada minit ke-69 dan melengkapkan gol ke-6 sekali lagi menerusi penalti pada minit ke-90+5.