Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dikritik netizen apabila aksinya yang tidak nampak kenderaan rasmi 'The Beast' tular di media sosial.

Aksi Trump itu dirakam pada Isnin lalu sebaik sahaja turun daripada pesawat rasmi kerajaan 'Air Force One'.

Ketika menuruni tangga pesawat, Trump dilihat berjalan selamba tanpa menyedari kenderaannya berada di hadapannya.

Pegawai pengiringnya kemudian menunjukkan isyarat kepada Trump bahawa kenderaannya telah sedia menunggu.