Pemilik Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) , Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersetuju bahawa jaringan Ghaddar adalah tidak sah kerana kedudukan pemain tersebut dalam keadaan offside.

TMJ berkata begitu menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, dalam satu rakaman beberapa jam selepas perlawanan antara JDT dan Perak malam tadi.

Tunku berkata menurut pendapatnya gol Ghaddar adalah offside, tapi hal ini seakan sengaja diperbesar-besarkan peminat bola sepak di negara ini.

TMJ berkata perlawanan JDT dan Perak bagus di mana keduanya mempamerkan aksi menarik namun seperti biasanya prestasi pengadil agak kurang memuaskan dalam mengawal perlawanan dan berakibat kepada keputusan perlawanan.