Liverpool tidak menghadapi masalah untuk menewaskan wakil Portugal dalam aksi kelompok 16 Liga Juara Juara awal pagi tadi.

Porto FC terpaksa menelan kekalahan 5-0 di laman sendiri dengan gol Liverpool diledak oleh Sadio Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Mane meledak hatrik buat Liverpool pada minit ke 25, 53 dan 85.

Liverpool yang beraksi buat pertama kali di peringkat kelompok 16 kejohanan selepas sembilan tahun, kini sudah hampir pasti mara ke peringkat suku akhir menjelang aksi kedua di Anfield pada 6 Mac ini.