Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengikuti rakan pimpinan BN dan PAS untuk keluar dewan susulan bantahan cadangan pelantikan Speaker Dewan Rakyat adalah kerana bagi menghormati majlis.

Kata Khairy, tindakan keluar dewan bukan cara untuk menyatakan bantahan malah sebagai wakil rakyat pembangkang perlu menunjukkan contoh yang dan berwibawa.

Tindakan anggota parlimen pembangkang yang keluar dewan itu dipercayai berhubung cadangan pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

https://youtu.be/EvgydlCKwWs - Dewan Rakyat kecoh, hanya KJ dan Anifah tidak keluar dewan

Hanya Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman sahaja yang tidak menyertai anggota parlimen pembangkang lain keluar dewan.