Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin hari ini menarik balik kenyataan dibuat dalam satu kenyataan akhbar tahun lalu terhadap Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia, Sophian A Yusuf.

Ia berhubung kenyataannya yang mengkritik penganjur kejohanan kerana tidak membenarkan peserta berusia 12 tahun memakai skirt pendek.

Berikutan itu, Pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohani Ismail merekodkan penyelesaian saman tersebut hari ini.

"Syarat penyelesaian itu tidak dapat didedahkan," kata peguam Sophian, Mohd Haris Abdullah.

Haris berkata Sophian juga menarik balik samannya terhadap jurulatih kanak-kanak perempuan itu kerana membuat kenyataan di Facebook selepas jurulatih berkenaan bersetuju mengeluarkan kenyataan itu dari media sosial berkenaan.

Sophian, yang merupakan penolong setiausaha Persekutuan Catur Malaysia, memfailkan saman tersebut pada April lalu, berikutan komen yang dibuat oleh Zuraida terhadapnya selaku pengarah pertandingan bagi Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017.

Zuraida diwakili oleh peguam Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaridin.