Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kerajaan harus memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat agar Malaysia tidak mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat.<br /><br />Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.
