Segala janji yang dibuat oleh kerajaan pemerintah semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) tidak boleh bersifat eksklusif, khusus terhadap kawasan kerusi terbabit sahaja.

Pengerusi kumpuluan reformasi pilihan raya, Bersih, Thomas Fann berkata janji yang dibuat oleh pihak kerajaan melibatkan sumber kerajaan terhadap kawasan terlibat pilihan raya boleh dianggap sebagai pengaruh tidak wajar.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil N24 Semenyih di Petaling Jaya, hari ini.

Tambahnya lagi, janji yang dibuat kerajaan juga tidak seharusnya mempunyai syarat-syarat tertentu yang melibatkan penduduk di kawasan yang terlibat.

Menurut Laporan Pemerhatian PRK Semenyih oleh Bersih 2.0, terdapat lapan kes pengaruh tidak wajar dilaporkan, semuanya dilakukan oleh PH.