Rentetan mengeluarkan perkataan 'pondan' kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar Parlimen

Beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, mengatakan dia mahu menunjukkan bukti isu berkaitan tender terbuka dan penjelasan.

Katanya, dia menyifatkan Lim Guan Eng takut, dan ia bukan sifat lelaki, dan perlu lawan dan berani berdasarkan fakta.

Beberapa penyokong kerajaan kemudian bangkit serentak membantah tindakan itu dan mendesak Ahmad Marzuk menarik balik perkataan berkenaan tetapi beliau enggan dan bertegas mahu membacakan 'bukti' itu.