KUALA LUMPUR - Tidak wajar melarang mana-mana ahli mahupun pemimpin dalam komponen Pakatan Harapan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin kritikan dalam gabungan itu lambang prinsip demokrasi dalam negara.

Sama juga seperti undi tidak percaya yang disifatkan beliau sebagai sebahagian daripada sistem demokrasi.

“Hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh mengkritik dan menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan menunjukkan kita demokratik.

“Adakah kita suruh pecat yang membuat kritikan atau gesaan itu? Tidak bukan?

“Saya tidak terbabit dalam gerakan mempertahankan Perdana Menteri sebab tiada keperluan. Itu (undi tidak percaya) sebahagian daripada proses demokrasi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv