Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi pendiriannya yang tidak bercadang untuk merombak barisan jemaah menteri, kerana prestasi anggota kabinet semakin baik.

Walaupun mengakui ramai menteri merupakan muka baru tetapi Dr Mahathir menegaskan anggota kabinetnya cepat belajar dan boleh menjalankan tugas sebagaimana menteri yang berpengalaman sekiranya diberikan masa.

"Saya tidak nampak mengapa saya perlu merombak kabinet,"

"Tidak akan ada rombakan kabinet. Saya kira anda jelas mengenai hal?" Katanya pada wawancara bersama media sempena sambutan ulang tahun pertama pentadbiran PH.

Menjawab soalan mengenai penilaian prestasi kabinetnya, Mahathir memberikan markah lima daripada sepuluh.

"Saya konservatif, saya telah berada dalam kerajaan selama 22 tahun.

"Saya tahu bagaimana fungsi kerajaan, tetapi orang-orang ini baru, mereka tidak tahu bagaimana kerajaan berfungsi," katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir beberapa menteri telah bertambah baik prestasi mereka selepas mendapat bimbingannya.

"Selain itu, mereka takut membuat kesilapan, dan semua ini membuat keputusan lebih sukar.

"Tetapi mereka belajar dengan cepat," jelasnya.