Jepun mengeluarkan amaran tsunami selepas berlaku gempa 6.8 skala Richter di wilayah barat laut negara itu, pada Selasa.

Pasukan penyelamat turut diletakkan dalam keadaan siap sedia berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan termasuk menyelamatkan penduduk terjejas.

Amaran tersebut ditarik balik selepas beberapa jam.

Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa tersebut menyebabkan ombak setinggi satu meter akan membadai perairan utara Jepun.

Ombak tersebut sudah melanda pantai Yamagata dan Niigata dengan penduduk dinasihatkan menjauhi kawasan pantai sehingga amaran tsunami ditarik balik.

Berikutan itu, pihak berkuasa menggantung sementara perkhidmatan keretapi laju sebagai langkah berjaga-jaga.

Beberapa jalan utama turut ditutup selepas gempa berlaku sekitar jam 10:22 malam waktu Jepun.

Selain itu, pasukan penyelamat turut dikerah bagi membantu berpuluh ribu isi rumah yang terjejas tanpa bekalan elektrik.