Ahli Parlimen Klang Charles Santiago tidak mahu memanjangkan lagi kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerap keputusan sepihak dan perkara itu semakin membimbangkan.

Katanya, itu merupakan pandangannya dan Dr Mahathir pun sudahpun memberi reaksi balas.

Beliau juga tidak menolak untuk berjumpa dengan Dr Mahathir sekiranya mendapat undangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu program SPAN di Petaling Jaya, hari ini.

Menjawab bidasan itu, Mahathir semalam secara sinis berkata akan meminta kebenaran Santiago dulu sebelum membuat keputusan kerana “dia setaraf dengan saya (sebagai perdana menteri)”.