Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mahukan jawapan daripada Anwar Ibrahim mengenai permintaan untuk mengadakan rekonsiliasi dalam parti itu.

Oleh sebab itu katanya, surat ditujukan kepada presiden parti dan bukan setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail.

"Surat itu dihantar kepada presiden parti, bukan kepada setiausaha agung yang cuma dilantik untuk jawatannya," katanya lapor The Star.

Anggota Parlimen Ampang itu menambah penolakan Saifuddin untuk mengadakan pertemuan antara dua kumpulan dalam PKR - yang dipimpin oleh Anwar dan timbalannya Mohamed Azmin Ali - "tidak diambilkira”.

Pada 28 Ogos lalu, Zuraida mendakwa Anwar belum membalas tiga surat yang memohon agar Presiden PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli majlis pimpinan pusat tertentu untuk tujuan 'rekonsiliasi'