Tiada sebarang tindakan disiplin akan diambil PKR ke atas Azmin Ali dan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kata setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap kepada media selepas menghadiri forum di Petaling Jaya semalam, Saifuddin memberitahu, PKR menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan berhubung sebarang dakwaan yang dikaitkan kepada dua individu terbabit.

"Pendirian kami tetap sama - kalau ada apa-apa perkara yang berkaitan dengan pihak berkuasa, kita serah kepada kebijaksanaan penyiasat.

"Kita tidak ada apa-apa tindakan ke atas itu," katanya.

Azmin sebelum ini dikaitkan dengan hubungan cinta sejenis oleh bekas pemimpin pemuda PKR yang sudah dipecat, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Farhash pernah ditahan reman oleh polis berhubung siasatan mereka terhadap dakwaan Haziq.