PAS berharap Kelantan akan mendapat royalti minyak yang dijanjikan susulan pembentangan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan esok.

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan pusat tiada lagi alasan memandangkan Kelantan telah menunaikan permintaannya, termasuk menarik balik kes mahkamah.

"Setakat ini Kelantan menang tidak dapat royalti petroleum.

Dan kita harap kerajaan dalam janji Tun Dr Mahathir (Mohamad) banyak kali nak beri royalti.

“Dan kita harap mereka dalam tunaikan dalam Bajet kali ini,” kata anggota parlimen Kubang Kerian.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen di ibu negara, Tuan Ibrahim berharap kerajaan menumpukan kepada sumber pendapatan negara yang lebih stabil.

"Kalau bajet yang lalu, kerajaan gagal membuat jangkaan pada harga minyak.

“Bila kerajaan letak pada paras AS$70 satu tong tapi realitinya adalah AS$50 setong, akibatnya kerajaan hilang fokus dan terpaksa cover dengan kos lain,” katanya.