Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq berkata walaupun ia bukan di bidang kuasanya, namun ramai netizen yang telah meluahkan isu penutupan tambah nilai Touch N Go di lorong tol di ruangan komen sosial medianya.<br /><br />Dia berkata seharusnya pihak PLUS mendapatkan pandangan orang ramai terlebih dahulu sebelum melaksanakan keputusan menghentikan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar plaza tol miliknya.