Tindakan keluar dewan secara beramai-ramai itu berlaku kira-kira jam 2.50 petang selepas perwakilan dari Penang Gooi Hsiao-Leung berucap, dengan ada yang menjerit "Balik! Keluar!"

Perwakilan yang meninggalkan dewan memberitahu Malaysiakini bahawa senarai perwakilan yang dibenarkan untuk berucap kebanyakannya mengkritik Azmin.

"Kami menyokong mereka yang benar-benar cuba untuk menyatukan parti, tetapi ada ucapan yang bertujuan untuk memecahkan parti dan memprovokasi. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata salah seorang delegasi kepada Malaysiakini.

Difahamkan, Azmin tidak berada di dewan ketika perbahasan sesi petang sedang berlangsung.