Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan sejak 20 tahun lalu beliau 'punctual' hadir ke mesyuarat parti.

"Sayalah orang yang paling taat, punctual datang mesyuarat sebelum Anwar jadi presiden.

"Janganlah Fahmi Fadzil budak hingus nak kata saya tak datang mesyuarat.

"Saya nak dengar cakap kau yang hingus ini?

"Ini semua budak pampers!. Jangan nak berlagak nak tegur kita," katanya di hadapan lebih 5,000 hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara malam tadi.