Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedia berhadapan dengan tindakan dipecat dan rela dikorbankan demi parti.

“Kalau kami nak dipecat, saya dan Azmin sudah bersedia, kami rela dikorbankan demi parti ini kerana kami berniat ikhlas hendak membawa parti ke arah landasan betul.

"Saya mahu presiden (Anwar) dengar,” katanya di hadapan lebih 5,000 hadirin di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara malam semalam.

Dalam ucapannya itu, Zuraida yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah dan mendapatkan kebijaksanaannya kembali meletakkan parti pada landasan yang betul dan kukuh.