Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya malam ini berkumpul di Hotel Rennaisance di Kuala Lumpur, tempat tertubuhnya Parti Keadilan Nasional 20 tahun lalu.

Perkumpulan itu, dengan mengambil kira pemilihan lokasinya, dilihat sebagai isyarat jelas terhadap para pengkritiknya, setelah berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-20 di Melaka tengah hari tadi.

Azmin yang menerima sambutan meriah sebaik tiba di dewan hotel itu, menegaskan bahawa PKR ialah milik rakyat.

"PKR bukan diasaskan oleh seorang individu atau satu keluarga, ia diasaskan oleh rakyat," katanya.

Azmin turut mengecam setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, dengan mendakwa pengerusi PKR Perak sebagai kalangan yang baru menyertai perjuangan tetapi menentangnya.

Katanya, mereka yang mengkritiknya "tidak kenal Azmin Ali" dan kesetiannya kepada parti.