Surprise Me!

Azmin dan Zuraida pembohong! - Otai Reformis

2019-12-12 6,290 Dailymotion

Pengerusi Otai Reformis Dr Idris Ahmad berkata dia tidak boleh menerima penipuan yang dikatakan dalam ucapan oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada majlis makan malam, Ahad lalu.

"Dia kata dialah nadi penggerak reformasi asal. Ini satu penipuan!

"Dia kata dialah perintis reformasi. Sebenarnya dia masuk selepas parti keadilan itu ditubuhkan.

"Kalau orang dah pembohong, dalam syarikat pun kalau tahu bohong, mesti akan dipecat," katanya dalam sidang media, hari ini,

Kumpulan veteran gerakan reformasi 1998 Otai Reformis menyerahkan memorandum kepada PKR bagi mendesak tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Azmin Ali dan pasukannya.

Memorandum itu turut disokong oleh kumpulan pendesak Jingga 13 dan badan yang yang menamakan diri mereka Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) dan Anak Reformasi.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Buy Now on CodeCanyon