Ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional dan PAS hari ini meninggalkan Istana Negara selepas mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. <br /><br />Kebanyakannya mereka mengelak untuk menjawab soalan dari pihak media mengenai apa yang berlaku di dalam Istana.<br /><br />Bagaimanapun, menurut ahli parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof, ahli-ahli parlimen yang datang ke Istana hari ini diminta untuk mengisi borang bagi memilih calon Perdana Menteri.
