Umno dan PAS menarik balik sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad petang ini.

Menurut Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, hal itu kerana Mahathir mahu membentuk kerajaan dengan menyertakan sekali DAP, sedangkan ia bercanggah dengan pendirian parti itu dan PAS.

Katanya, Mahathir juga memberitahu beliau bercadang membentuk kerajaan perpaduan dengan membuat lantikan menteri berdasarkan kapasiti individu, bukan parti.

"Sokongan yang kita beri kepada Tun (Mahathir) untuk membentuk coalition tanpa DAP terpaksa kita tarik balik dan SD yang kita sampaikan itu terhad kepada membentuk coaltion tanpa DAP.

"Apa-apa yang selain dari itu maka sokongan kita itu tak sah.

"Sokongan yang telah diserahkan pada Ahad lalu kita tarik balik," katanya