Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Syed Sadiq Syed Abdul Rahman malam ini diasak wartawan mengenai kedudukannya di dalam Pakatan Harapan selepas mempengerusikan mesyuarat Armada di Petaling Jaya.

Ini berikutan parti Bersatu telah pun mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan semalam.

Sementara itu ketika ditemui media sebelum menaiki kenderaanya, Syed Saddiq meminta orang ramai memberi kepercayaan kepada Mahathir yang didakwanya akan membuat keputusan yang betul.

"Beliau sudah bertemu dengan pemimpin semua parti."

"Percayalah, beliau mampu melakukannya," kata Syed Saddiq.