Amanah dan DAP memutuskan bahawa cadangan untuk menjadikan Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH perlu diputuskan secara bersama dalam Majlis Presiden gabungan itu.<br /><br />Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JPN) parti itu telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan itu semalam.