Polis telah mengemukakan syor kepada Jabatan Peguam Negara supaya mengadakan siasatan baru terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Md Kassim pada 17 Disember 2018.

Ini selepas polis menyiapkan siasatan terbarunya mengenai kematian itu, maklum Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat ketika ditanya RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai perkembangan terkini kes Adib.

Rujukan semula kes itu antara lain mencadangkan supaya 12 suspek yang sebelum ini disyaki terbabit dalam kematian Adib pada 17 Disember 2018 itu, dituduh mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Terdahulu sidang Dewan Rakyat sedikit kecoh kerana beberapa ahli parlimen pembangkang dan kerajaan mendesak Hamzah untuk memberikan jawapan mengenai kes Adib.