Presiden Amanah Mohamad Sabu mendakwa kerajaan persekutuan hari ini pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan kelam-kabut dan tidak ada nama.<br /><br />Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, merujuk kepada sifat dan komposisi Barisan Nasional, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional yang seperti tidak menentu.<br /><br />Beliau berkata demikian semasa berucap di ceramah perdana di Felda Trolak Utara malam tadi.
