Jabatan Penerangan Sabah telah menggunakan watak adiwira untuk mendorong lebih ramai pengundi untuk keluar menundi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang.

Jabatan itu telah berkongsi gambar seorang pengundi yang mengenakan pakaian Power Rangers berwarna putih dan emas yang mengundi di Penampang.

Pengundi tersebut turut mendapat perhatian para netizen lain yang mengikuti pilihan raya Sabah secara online.

Setakat jam 3 petang tadi, data SPR menunjukkan 58 peratus daripada lebih 1,1 juta pengundi berdaftar sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing.