Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya telah melakukan sembilan kali pembaikan jalan sejak September di tempat kejadian seorang warga emas meninggal dunia pada 3 Januari lalu. <br /><br />Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi selepas motosikalnya hilang kawalan akibat melalui jalan berlubang di Jalan Tengah menuju ke arah Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur.
