Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, tuduhan penyelewengan dana Bersatu ke atasnya tidak akan melemahkannya sebaliknya akan menguatkan semangatnya dalam usaha membanteras rasuah. <br /><br />Syed Saddiq turut menjelaskan ketika memegang jawatan menteri sebelum ini, beliau merupakan antara menteri yang pertama yang telah melakukan pengisytiharan harta.<br /><br />Ini katanya, agar Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia boleh membuat perbandingan aset yang dimilikinya sebelum dan selepas menjadi menteri.
