Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin memohon maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini susulan tindakan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.

Perkataan itu dipercayai dituju kepada wakil pembangkang kerana mendakwa pentadbiran Pakatan Harapan telah memotong bajet pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, sekali gus wakil pembangkang berang dan menyerangnya.

Bung Moktar kemudian membalas celahan wakil rakyat yang menyerangnya sebagai ‘bodoh’.

Bung kemudiannya menjelaskan bahawa beliau tidak menyedari wakil rakyat mana yang bangkit mencelah ucapannya menyebabkan beliau marah dan mengeluarkan perkataan ‘bodoh’.