Wartawan Filipina, Maria Ressa yang dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bersama wartawan Rusia, Dmitry Muratov mengetahui kemenangannya sewaktu forum yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Center for Independent Journalism.

Dalam reaksinya, Maria yang juga pengasas portal berita Rappler mengatakan dia terkejut dengan anugerah itu dan menyifatkannya sebagai satu penghargaan kepada semua wartawan.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan serantau mengenai kebebasan media dan kelangsungan kewartawanan bebas bersama ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan dan pemimpin redaksI Tempo, Arif Zulkifli.

Jawatankuasa Nobel dalam kenyataannya berkata, Maria dan Dmitry dipilih atas usaha mereka dalam melindungi hak kebebasan bersuara.