Rosmah Mansor memohon kepada mahkamah agar Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai RM7 juta terhadapnya.<br /><br />Menerusi permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November, Rosmah mendakwa terdapat risiko hakim bersikap prejudis dan berat sebelah kepadanya.