Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti Pakatan Harapan dalam merencana program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, bermaruah dan merdeka.<br />Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun baharu sahaja memegang tampuk pemerintahan kira-kira setahun, kerajaan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan negara yang diwarisi sebelumnya. <br />Beliau berkata demikian semasa menyembahkan ucapan tahniah dan taat setia atas pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.<br />Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir memaklumkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara masih berterusan dan inisiatif-inisiatif untuk membina semula negara supaya menjadi lebih maju terus giat dilaksanakan.
