Selepas Selangor dan Kelantan, Kedah pula membenarkan pelanggan untuk makan di restoran dengan mematuhi syarat serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).<br />Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, keputusan dibuat selepas mendapati keadaan di Kedah memuaskan selain menerima permintaan daripada pemilik restoran.
