Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menggunakan hotel sebagai pusat kuarantin COVID-19 bagi individu yang baru tiba dari luar negara.<br />Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berkata, perkara itu akan diputuskan selepas perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara dan pengusaha hotel di negeri tersebut.