Beberapa ahli parlimen pembangkang cuba membangkitkan peraturan mesyuarat bagi menghalang Lim Guan Eng (PH-Bagan) daripada bertanyakan soalan apakah tindakan terhadap menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah, yang didakwa mereka mengandungi tanggapan negatif.<br /><br />Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul bagaimanapun membenarkan Lim meneruskan pertanyaannya, dengan berkata dia tidak mendapati ada unsur tersebut.<br />
