Legasi darah usahawan yang diwarisi daripada bapa, nyata mengalir dalam jiwa Chryseis Tan. Meskipun lahir dalam dulang emas serta mampu hidup senang-lenang, isteri SM Faliq SM Nasimuddin itu lebih selesa bekerja dan berniaga seperti orang lain.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada lapan ahli Lembaga Pengarah 'all-female board' dalam syarikat gergasi yang tersenarai di Bursa Malaysia serta mengasaskan jenama kecantikan LUMI Beauty.

Pencapaian ibu anak dua ini menitip inspirasi. Usahawan dan ahli korporat wanita ini diiktiraf Nona Superwoman Award 2024 bagi kategori Nona Corporate Award.

Nona Superwoman Award 2024 kini kembali untuk edisi keempat mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui pelbagai kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya serta latar belakang.

Lokasi: Diplomat Suite, Grand Hyatt Kuala Lumpur
Solekan: Ayang Kamell
Dandanan: Edvid Kwa

#majalahnona
#nonasuperwomanaward2024
#nonasuperwomanaward