Kumpulan muzik, Insomniacks meluahkan rasa gembira apabila berjaya merangkul anugerah Muzik Video Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024. <br /><br />Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar (pemain bass) dan Danial (gitar ritma) itu cukup bersyukur merangkul anugerah tersebut kerana ia merupakan pengiktirafan pertama selepas hampir 10 tahun dalam industri muzik.
