Malaysia #QuranHour wadah kempen antibuli

Malaysia #QuranHour 2025 yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini bukan sahaja mengangkat al-Quran sebagai panduan ummah, malah menjadi wadah kempen antibuli seiring dengan hasrat Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, di Kota Bharu, lapor wartawan Sinar Harian Adila Sharinni Wahid.

Pengerusi Pusat Pengajian Islam Tok Kenali, Muhammad Hafiz Hukmi Wardi berkata, penglibatan kali ketiga institusi itu dalam Malaysia #QuranHour bukan sekadar simbolik, sebaliknya menyokong penuh tema tahun ini iaitu ‘Merdeka Dengan Rasa’ yang menekankan nilai empati dan keadilan sosial.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743868/khas/quranhour/malaysia-quranhour-wadah-kempen-antibuli

#SinarHarian #BeritaSemasa #Malaysia #QuranHour