Penyanyi dan pelakon Sharifah Zarina menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk mengaibkan mana-mana pihak dengan membuat pendedahan mengenai anaknya, Athalia diganggu lelaki berstatus suami kepada selebriti. <br /><br />Menurut Zarina, pada awalnya terfikir untuk menghubungi atau menghantar mesej peribadi kepada individu terbabit, namun membatalkan hasrat tersebut kerana bimbang mesej berkenaan dibaca oleh pihak lain, termasuk isteri lelaki tersebut.
